Aplikasi sembang digital dalam telefon pintar, WeChat mencatatkan 100 juta pengguna berdaftar di luar China sekali gus menjadikannya antara aplikasi mesej paling popular di dunia.
Kepopularan dan lonjakan aplikasi terbabit dibantu kempen dan strategi pemasaran berkesan yang turut membabitkan selebriti antarabangsa.
Antara inisiatif yang menambah kepopularan WeChat termasuk pengenalan versi 5.0 yang dikemas kini serta kempen pengiklanan global yang melantik pemain bola sepak terkemuka, Lionel Messi sebagai duta menggunakan akaun WeChat.
Angka terbabit juga menunjukkan pertambahan sekali ganda dalam tempoh hanya tiga bulan yang turut menyaksikan WeChat mencatatkan aplikasi kelima tertinggi di dunia bagi pelbagai platfrom.
WeChat menjana populariti di negara seperti Argentina, Brazil, Itali, Mexico, Filipina, Singapura, Sepanyol, Afrika Selatan, Thailand, Turki dan tidak ketinggalan Malaysia pada Julai 2013.
Ia juga juga membantu menaikkan jenama seperti Domino’s Pizza Malaysia dan HTC Malaysia.
No comments:
Post a Comment