Kreativiti Mudah Dari Pasu

ELEMEN hiasan lama seperti pasu yang tidak digunakan boleh kembali menyerlah dan mengubah suasana apabila gaya hiasan baru dihasilkan.
Kombinasi elemen moden dan produk seni rimba bukan sesuatu yang janggal kerana ia antara penyeri dekorasi.
Penggunaan pasu kaca panjang umpamanya lebih bermanfaat jika dihiasi dengan gubahan ringkas berasaskan seni rimba.

                                                      Foto


Gubahannya tidak memerlukan banyak elemen hiasan kerana lebih kepada konsep mudah dan ringkas.
Cukup sekadar bunga paradiselotus yang dihasilkan daripada buah pinang yang dikeringkan menjadi kuntuman indah.

Menariknya anda boleh melatih si kecil menghasilkan sendiri gubahan unik ini secara kreatif.

No comments:

Post a Comment