Lukisan Cahaya Bosanko

Foto
Bosanko mendapat idea menghasilkan lukisan cahaya selepas tertolak  tripod kameranya
semasa bercuti di Greece.
Lukisan paling ter­kenal di dunia kini boleh disaksikan dalam bentuk lain daripada yang lain apabila seniman cahaya, Michael Bosanko melengkapkan koleksinya minggu lalu.
Hanya menggunakan lampu dan teknik dedahan lama fotografi Bosanko menyempurnakan karyanya dengan meniru lukisan The Son Of Man karya seniman Belgium, Rene Magritte.

Bosanko - dari Caerphilly, South Wales - menghabiskan banyak masa dan tenaga ‘melukis’ setiap garis menggunakan lampu untuk mencipta karya yang menyerupai sejumlah lukisan paling terkemuka di dunia.

Foto                 Foto

Dia mula mencipta imej menggunakan gabungan cahaya dan kamera sejak 2004.
Kata Bosanko, idea menghasilkan imej sendiri itu bermula daripada pengamatannya terhadap lukisan terkenal yang dihasilkan sejak ratusan tahun lalu.
“Menterjemah karya seni dari artis yang pelbagai adalah cabaran yang besar,” katanya. 

Untuk setiap karya yang dihasilkan Bosanko menggabungkan teknik dedahan lama kamera dan lampu.
Tanpa sebarang jejak visual sebagai rujukan Bosanko terpaksa ‘melukis’ dalam kegelapan di ruang tiga dimensi.

Keseluruhan sentuhan seni Bosanko itu dirakam di Brecon Beacons dan antara lukisan yang ditiru­nya ialah The Scream karya Edvard Munch, The Balloon Girl (Banksy), Vitruvian Man (Leornardo da Vinci), The Starry Night (Vincent van Gogh) dan The Great Wave Off Kanagawa (Katsushika Hokusai).

Salinan lukisan mi­nyak van Gogh pada 1889, The Starry Night mencatat­kan tempoh dedahan ter­panjang apabila Bosanko membiarkan pengatup kameranya terbuka lebih 
20 minit.

Kata Bosanko setiap satu ‘lukisan’ yang dihasilkan itu mempunyai cerita tersendiri kepada dirinya.

“Sukar untuk dinyatakan mana satu karya yang paling saya gemari,” katanya. 

Foto Foto

Mengenai reaksi orang ramai terhadap karya­nya, Bosanko berkata dia sangat terkejut dan menyentuh jiwa. 
Dalam tempoh sembilan tahun lalu Bosanko mempamer dan menghasilkan seni cahaya di seluruh dunia dan pernah diberi penghormatan untuk mencipta karya bagi syarikat besar seperti Orange dan British Airways.

Uniknya Bosanko menzahirkan imej yang ingin dicipta selepas melihat gambar asal dan hanya bergantung kepada daya ingatannya. Kata Bosanko, dia membiarkan pengatup kamera­nya terbuka untuk tempoh tertentu dan mula meng­gerakkan lampu supaya dapat dirakam pengesan peranti berkenaan.

“Jika dilihat secara langsung anda hanya nampak saya menggerakkan lampu dalam gerakan rawak tetapi lensa kamera merakamkan jejak cahaya itu untuk mencipta imej statik,” katanya. 

Bosanko berkata dia bergantung kepada daya ingatan untuk mencipta imej tertentu.

“Ketika bergerak di depan kamera saya tidak boleh melihat bagaimana bentuk yang terhasil sehingga semua proses itu berakhir,” katanya.

Sesetengah orang, kata Bosanko, menganggap dia menggunakan teknik ubah suai digital menggunakan komputer dalam hartanya.Namun, Bosanko menafikan dakwaan berkenaan.

“Saya memberitahu mereka, saya mencipta karya itu menggunakan lampu, kamera dan kegelapan malam sebagai kanvas,” katanya.

Seniman berusia 43 tahun itu mula tertarik kepada seni cahaya selepas secara tidak sengaja menjatuhkan penopang kamera berkaki tiga ketika mengambil gambar dalam percutian di Greece.Dia terpegun melihat imej bulan yang terhasil dalam gambarnya.

Sejak itu Bosanko mula tertarik dengan penggunaan cahaya untuk ‘melukis’ dan menjadikan lokasi sunyi - sama ada di kawasan bandar atau luar bandar - ketika malam untuk menjadi latar karyanya.

1 comment:

Anonymous said...

good

Post a Comment