Seorang artis berjaya memberikan impak besar menerusi hasil seninya yang kecil. Roy Tyson pakar mereka imej unik menggunakan patung mini.
Dia menggunakan peralatan harian dan taksidermi untuk menghasilkan aksi lucu yang bertujuan untuk keseronokan dan penuh muslihat.
Dalam satu hasil karyanya, dia membina patung yang menunjukkan pegawai forensik memeriksa puntung rokok, manakala dalam karyanya yang lain sejumpulan nelayan menebarkan jala ke dalam longkang.
Semua patung mini itu yang dikenali sebagai rakyat Roy dicat tangan bagi menghasilkan sentuhan peribadi yang menarik.
Tyson, 26, dari Stanford-le-Hope, di Essex membeli patung dan mengecatnya sebelum mengambil gambar mereka.
Gambar itu pernah dijadikan bahan pameran dan turut dijual.
Dalam satu wawancara baru-baru ini, dia berkata, seni jalanan menjadi pengaruh besarnya.
“Saya sukakan Bansky (artis grafiti Britain) dan cara dia menghasilkan seni jalanan. Bagi saya, seni jalanan yang saya lakukan ialah gambaran kehidupan sehari-hari dan melihat bagaimana manusia kecil boleh digunakan untuk menghasilkan impak babak kehidupan yang lucu.
“Ia membuatkan objek kelihatan berbeza, ia adalah gabungan antara pelbagai fenomena yang berlaku di dunia dan idea yang terlintas secara spontan di fikiran saya,” katanya

2 comments:
Memang kreatif...
x sangka plak de owg yg kreatif camnie...!
Post a Comment