Populariti siri animasi BoboiBoy tidak hanya meninggalkan kesan di hati dan minda kanak-kanak, tetapi fenomenanya turut mempengaruhi golongan dewasa sehingga menjadi program televisyen pilihan ramai.
Ditonton di 16 negara:
Watak rakan BoboiBoy iaitu Yaya, Ying dan Gopal selain BoboiBoy sendiri berjaya mencipta berjaya melonjakkan kualiti kartun Malaysia hingga ke negara luar apabila ditayangkan di 16 negara lain menerusi saluran Disney.
Kejayaan ini dikongsi Pengarah Operasi dan Pengasas Bersama Animonsta Studios, Safwan Karim yang bertanggungjawab menerbitkan siri kartun tontonan ramai itu.

Menceritakan minatnya , Safwan menggambarkan ia bukanlah laluan yang mudah untuk dia berada di tahap sekarang.
“Saya memang minat melukis sejak kecil. Dulu, dinding rumah di kampung penuh diconteng dengan ‘karya’ seni saya tapi siapa sangka rupa-rupanya minat yang sering dimarahi ibu itu kini menjadi kerjaya tetap saya.
“Kartun, komik dan bahan bacaan dengan pelbagai karakter menjadi kegemaran saya sejak di bangku sekolah. Malah minat terhadap kartun tak pernah pupus hingga ke hari ini. Dan disebabkan itulah saya nekad membuka syarikat animasi sendiri dengan perkongsian beberapa rakan lain,” jelasnya.
Aura Upin & Ipin
Safwan berkata, selepas tamat pengajian di Multimedia University (MMU), Cyberjaya, dia mencuba nasib dengan bekerja di syarikat animasi, Les’ Copaque Production Sdn Bhd (Les’ Copaque).
Dengan sokongan Burhanuddin Md Radzi yang menerajui Les’ Copaque, Safwan membuka langkah kanan menerjah dunia animasi dengan mengarah sebuah filem animasi, Geng pada 2007.
Geng mencetuskan fenomena kerana buat kali pertama negara berjaya menghasilkan animasi 3D (tiga dimensi) dengan sentuhan anak muda tempatan seperti Safwan dan rakan yang lain. Tidak berhenti setakat itu, selepas menerbitkan Geng, dia turut menjadi tulang belakang utama menghasilkan siri animasi Upin & Ipin yang turut popular di Indonesia sehingga hari ini.
Pada 2010, Safwan terus melangkah jauh dalam dunia animasi negara dengan menerbitkan siri animasi BoboiBoy melalui syarikat miliknya, Animonsta Studios. Siri animasi itu kini turut popular di Indonesia, Filipina dan Vietnam.
Laluan sukar
Mengimbau pengalamannya, Nizam berkata, ia bukan cabaran mudah untuk dilalui, lebih-lebih lagi selepas meninggalkan Les’ Copaque dan menubuhkan Animonsta.
Percaya atau tidak, ketika dia menyatakan hasrat menerbitkan satu karya animasi sendiri, ramai rakan dan kenalan menganggap hasrat itu bagai angan-angan Mat Jenin. Masakan tidak, industri animasi di negara ini ketika itu masih terlalu mentah dan jauh ketinggalan. Namun benar seperti kata pepatah, ‘di mana ada kemahuan di situ ada jalan’, Safwan menerima segala kritikan itu sebagai galakan pada dirinya untuk menempah kejayaan.
“Selepas meninggalkan Les’ Copaque dan tidak lagi terbabit dengan Upin & Ipin, saya perlu bermula dari bawah untuk menghasilkan BoboiBoy, ia tidak semudah disangka kerana saya perlu keluar daripada kepompong Upin & Ipin.
“Apapun, saya selalu percaya pada diri sendiri dan melakukan apa yang saya impikan dan akhirnya Boboiboy berjaya dan mencuri tumpuan penonton animasi seramai 1.7 juta di negara ini,” katanya.
Hidup berbeza
Sebagai animator, Safwan mengakui hidup dalam bidang kreatif tidak sama dengan kehidupan individu berkerjaya lain. Ada kalanya dia dan rakan sekerja terpaksa bermalam di pejabat untuk menyiapkan kerja yang harus disiapkan dalam masa ditetapkan.
“Jika orang lain gemar membaca atau menonton televisyen, saya memiliki cara tersendiri untuk mendapatkan ilham berkarya. Biasanya, saya akan banyak bermain ‘game’ (permainan video) dan menonton filem animasi.
“Malah ketika belajar di universiti dulu pun, saya mencari ilham dengan bermain permainan video. Saya suka melihat kreativiti (dalam permainan video) orang lain untuk mencetuskan ilham sendiri,” katanya yang bakal menjadi salah seorang juri dalam pertandingan Pencarian Ikon Hebat Malaysia oleh Oldtown White Coffee berlangsung sejak 8 Julai hingga 8 Oktober depan.
Berkongsi pelan terbaru, Safwan berkata, siri BoboiBoy kemungkinan akan difilemkan pada penghujung tahun depan. Selain itu, syarikatnya kini berusaha untuk menembusi pasaran Asia Tengah dan Eropah bagi melonjakkan lagi nama kartun animasi keluaran anak tempatan.

No comments:
Post a Comment