Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) ,Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan mengadakan PERTANDINGAN GAMBAR KREATIF DAN VIDEO INSTAGRAM MERDEKA 56.(#IM56 @instagrammerdeka56).
Pertandingan adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan penyertaan adalah PERCUMA. Pemenang akan ditentukan oleh juri professional. Pemenang pertandingan Gambar kreatif dan Video Instagram masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai. Tempat pertama RM1,500.00, tempat kedua RM1,000.00 dan tempat ketiga RM500.00 serta 20 hadiah saguhati sebanyak RM250.00.
OBJEKTIF PERTANDINGAN
• Memaparkan gelagat rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan;
• Merakyatkan amalan kibaran jalur gemilang di lapangan dan media sosial;
• Menonjolkan gambaran semangat kemerdekaan di kalangan masyarakat di peringkat
kampung-kampung dan taman-taman perumahan; dan
• Mempamerkan secara visual (cetakan atau skrin) kepada masyarakat Malaysia
gambaran sambutan kemerdekaan
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia;
2. Penyertaan adalah PERCUMA;
3. Gambar atau Video yang dihantar mestilah yang asli dan belum pernah digunakan
untuk sebarang pertandingan dan penerbitan dan dimuatnaik mulai 26 Ogos
sehingga 10 September 2013;
4. Tema pertandingan “MALAYSIAKU BERDAULAT; TANAH TUMPAHNYA DARAHKU”
5. Konsep gambar dan video perlu berunsurkan semangat patriotik dan memaparkan
gelagat menyambut kemerdekaan serta setiap hasil berkenaan mempunyai jalur
gemilang. Gambar atau Video berunsur negatif tidak layak untuk dipertandingkan;
6. Suntingan atau ubahsuai seperti pengubahan brightness, cropping, softening
dan sharpening terhadap hasil kerja menggunakan aplikasi instagram adalah
dibenarkan. Teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick
photographs, dan gambar dimanipulasi adalah tidak dibenarkan;
7. Peserta bebas menggunakan sebarang jenis iPhone/iPad atau sebarang peralatatan
yang menggunakan sistem ANDROID;
8. Kos penyertaan pertandingan ini ditanggung sendiri;
9. Peserta boleh menghantar seberapa banyak gambar atau video tetapi peserta hanya
layak memenangi 1 hadiah sahaja;
10. Pihak penganjur (Jabatan Hal Ehwal Khas) mempunyai hak milik ke atas gambar dan
video pertandingan dan berhak menggunakan bahan tersebut untuk sebarang tujuan
tanpa sebarang bayaran kepada peserta;
11. Pemenang-pemenang akan diumumkan pada acara Hari Malaysia (16 September 2013);
dan,
12. Setiap hasil kerja perlu mempunyai maklumat seperti berikut:-
- Nama peserta
- Lokasi gambar
- #im56
- Caption
KRITERIA PENGHAKIMAN
1. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional ;
2. 23 gambar dan 23 video yang paling kreatif dan menepati tema layak untuk
ke pusing akhir di mana penyertaan akan dihakimi oleh hakim professional bebas
yang dilantik oleh pihak penganjur;
3. Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat pertandingan
seperti yang digariskan;
4. Penilaian dan penghakiman terhadap karya gambar dan video adalah lebih tertumpu
pada ’Tema’ dan ’Daya Kreativiti’, bukannya pada kemampuan merakam gambar dan
video secara profesional; dan,
5. Namun demikian, kualiti gambar dan video juga akan diambil kira dalam pemberian
markah. Keputusan panel hakim adalah muktamad .

SEBARANG PERTANYAAN, SILA RUJUK:-
1. Facebook (fan page) : Instagram Merdeka56
2. Email : instagrammerdeka@gmail.com
3. Penyelaras :En. Nasrun Adil Dato’ Mohamed Yusof ditalian 019-570 0858 atau
Urusetia, Cik Nurhidayah Mohd Atan ditalian 012-904 3189
No comments:
Post a Comment